Sunday, May 17, 2009

Guru O Guru



Aku ingat lagi zaman kecilku, apabila ditanya,
"An, besaq nanti nk jd apa?"

Jawabku kepada GURUKU (my mama) smbil tersenyum,
"Mesti la nk jd mcm mama ngn abh (guru)"

GURUKU tersenyum...
"Bagus.."



DEDIKASIKU:
Buat guru² di seluruh dunia, bakal guru, kepada ibu bapaku yang telah lama menjadi guruku yang setia sejak dari lahirku mengenali dunia





BERBURU KE PADANG DATAR
DAPAT RUSA BELANG KAKI

BERGURU KEPALA AJAR

IBARAT BUNGA KEMBANG TAK JADI


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh SEORANG GURU BIASA
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.


Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979


TERIMA KASIH CIKGU!!

Happy Teacher's Day

10 comments:

  1. nice post...
    time kasih Chekgu2 sume...truskn usaha anda mndidik anak bangsa kita...Chekgu Rock!!!

    ReplyDelete
  2. chekgu rock pekebenda hg nih...ingt school of rock ka??hahaha

    pape pun thanks to all my teachers...samada cikgu y dilantik secara lansung atau tidak.. tankQ cikgu!

    ReplyDelete
  3. dat pic was nice..
    hoping sir paan will be gud teachers in future..hehe..

    *thanks for being my follower..

    ReplyDelete
  4. hehe..taken during my internship A..

    a gud teacher? hope so...haha..(u too man)actually need to be a great teacher...haha

    and...thanks to u too..

    ReplyDelete
  5. selamat ahri guru...
    sori 4 da late wish...

    we need to start to change ourselve 1st b4 change da world..
    insyaALLAH, same2 kite membina diri untk generasi akn datang

    may ALLAH bless u

    ReplyDelete
  6. anak yang baik adelah anak yang mendengar kata.

    or

    dalam kes diatas, menjoin jejak langkah mak ayah.

    so congratz.
    kamu adelah anak yang baik~!!

    ehem.
    pembetulan.

    KITA adelah anak yang baik.

    =D

    (okeh. sangat mengarut eyh? ye2.. aku tau. wuwuwu)

    ReplyDelete
  7. yup..agak mengarut ckit laa..exam fever kot?

    KITA? haha...
    mayb you should just stick with 'kamu' rather than 'kita'..hehe
    and yes,sy mmg sorg anak y baik..(amin) hehe

    hehe..

    ReplyDelete
  8. exam fever?
    bukan stakat fever, sume jenis penyakit ade. chi kit teck aun pon ade.

    err. tersumbat.

    aku pon baek gak.

    even masuk lift tekan sendiri pon, kire halal la.

    kah kah kah.

    =D

    ReplyDelete
  9. hhehe - x sangka mr_paan seorang anak yang menurut kata...erm, bangga aku.hehhhe
    by da way...semoga terus sukses mendidik anak bangsa...pray 4 me too....hidup cikgu!

    ReplyDelete
  10. to cik athirah:

    hahaha..kecian..dh thap kritkl da nih..
    p jumpe bomoh la..mintk ubt..hahaha

    by the way, naik lif mmg kene tekan sendrik...melainkan klau xcukup keupayaan (kurang upaya la tuh) ada org y akn tlg tekankn...hehe



    to amir

    mr_paan = sorg y denga ckp mak n ayah...sbb xde mak n ayah, xde la mr_paan...hehe

    ReplyDelete